Sistem KPM October 10, 2017

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Program Latihan Belia Muda di Negara Jepun Tahun 2018  akan diadakan bermula dari 28 Januari 2018 – 14 Februari 2018 (18 hari). Bidang kursus yang ditawarkan ialah Young Leaders Program on Science and Mathematics in Basic Education Course. Objektif program ini adalah untuk membantu pegawai muda memperolehi pengetahuan berhubung kaedah dan sistem pembelajaran Sains dan Matematik dalam pendidikan asas di Negara Jepun.

Semua borang di atas hendaklah dimuat turun, diisi dan dicetak  dengan disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:

            (i)       Salinan Passport Antarabangsa; dan

           (ii)       Country Report(ANNEX)

Semua dokumen hendaklah dikemukakan/diposkan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan 19 Oktober 2017 (Khamis) jam 5.00 petang kepada:

                       

                      Cik Noraini Binti Abdul Latiff

                      Bahagian Pendidikan Guru

                      Kementerian Pendidikan Malaysia

                      Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                      62604 PUTRAJAYA     

 

 

Leave a comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked*