Sistem KPM October 10, 2017

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Regional Centre for Education in Science and Mathematics mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sama ada dalam kalangan Pegawai/Pensyarah/Guru Penolong Kanan/Guru Cemerlang/Jurulatih Utama/ Guru Sains dan Matematik sama ada  di Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah di bawah KPM untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO RECSAM bagi tahun 2018.

Maklumat berkaitan kursus tersebut adalah seperti berikut :

 

 

Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi seperti yang telah dimaklumkan di atas MESTI disertakan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan lain seperti berikut :

 

(i)            Profile Individu / Resume Ringkas dan  Tugas Semasa PPP

(ii)          Salinan Kad Pengenalan

(iii)         Salinan Passport – jika ada

(iv)         Salinan TOEFL/IELTS atau Sijil-Sijil Kompetensi Bahasa Inggeris lain

(v)          Surat Sokongan daripada Ketua Jabatan (Pengarah/Pengetua/Guru Besar)

 

Semua dokumen hendaklah dikemukakan/diposkan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan (30 OKTOBER 2017) bagi setiap kursus yang dimohon dengan segera kepada :

                     

                        Encik Ahmad Sabri bin Abdullah

                        Sektor Dasar Keguruan,

                        Bahagian Pendidikan Guru,

                        Kementerian Pendidikan Malaysia,

                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                        62604 PUTRAJAYA.

 

 

Leave a comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked*