Sistem KPM October 9, 2017

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2017 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.

Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

BIL

ASRAMA 1MALAYSIA

NAMA SEKOLAH

CATATAN

1

A1M KUALA LUMPUR

VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR

LELAKI SAHAJA

2

A1M JOHOR

SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR

PEREMPUAN SAHAJA

3

A1M SABAH

MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH

LELAKI & PEREMPUAN

4

A1M SARAWAK

KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK

LELAKI & PEREMPUAN

 

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan pada pautan tersebut https://moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2018 (Selasa). 

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).

Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017

Unit Asrama

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 WP Putrajaya

Leave a comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked*